Monday, July 11

Sebenarnya ??

Wow! dekat sebulan sudah aku tak bukak blog aku ni. Sebenarnya tade sebab nak tulis tu pasal aku tak bukak. Lagi pun hidup semasa tak kemana-mana nie sebenarnya bosan. Benda yang dibuat semua nya sama je. Walaupun aku bekerja dengan ayah aku, aku bosan jugak sebab aku tak banyak aktiviti boleh buat. Memang la keje ngan ayah aku banyak benda boleh buat. Maksud aku "kawan", haiyoo sejak tak sekolah ni la baru nak ingat kawan sekolah dulu.

Okay tu intro je tadi, aku nak cerita ni pun tade motif sebenarnya. Sesaja buat new post sebab aku tade wat pape, aku lagi seminggu je lagi dari hari ni nak sambung belajar. Atoii macam nak tanak je aku masuk belajar ni. Mesti level die lagi tinggi mase kat skola dulu. Aku akan masuk Malaysia France Institute (UniKl), lagi pun tempat nie pun tempat emak aku bekerja. Aku masuk kat tempat ni bukan sebab guna kuota mak eyyy?. Memang aku mintak dan dapat, disebabkan result SPM aku yang boleh la kan. Tarikh masuk 17 July 2011 (ahad). Tempat kat bangi je pun, tak jauh mana. Aku boleh balik tiap tiap hari kalau aku nak la kan? Tapi sem pertama kene duduk asrama(hostel), tak kesah pun aku duduk mana. Yang penting aku bebas. Jangan masa aku duduk asrama sekolah menengah, mak aih! dah macam ayam berak kapur ! Aku barang barang persiapan untuk  masuk nanti sikit je aku buat, photostat je dah buat. Medical check up aku tak buat lagi sebab aku baru accident kan? Memang malas nak jumpa Doctor lagi. Barang kelengkapan diri pula, cuma baju kemeja je dah aku beli, satu je, tu pun baju reject shop sebab nampak macam orite je aku angkut dan bayar.

Okay cerita pasal aku nak masuk belajar habis, ni aku nak cerita aku dekat kampung(Muar) pada hari jumaat, sabtu dan ahad ( 8,9,10 july), huh! memang besat sebab semua adik beradik emak aku balik kampung. Sebab ade buat kenduri tahlil dan doa selamat untuk aku secara mengejut pada hari sabtu malam. syukur semua selesai dengan baik. Aku bertolak dari semenyih pada hari jumaat pada pukul 8 lebih macam tu la. Semasa perjalan kami family berhenti makan kat melaka, tempat ikan bakar pernu ! tempat jeti nak pergi Pulau Besar. Memang aku dah kenyang giler la, ayah aku order banyak pulak. Sebab aku sebelum pergi aku dah makan dulu dekat rumah. Tempat tu memang the best ! la kalau nak makan ikan bakar sume ni. Pada hari sabtu, pagi pagi dah kene tolong kemas rumah semua(basuh lantai kat rumah atas), bangun je dari tidur terus mandi. Lepas saja mandi aku terus tolong ayah dan maktok(nenek) aku tangkap itik! nak buat rendang. Memang sedap rendang itik ni! try la sesiapa yang belum pernah makan rendang itik(orang Negeri Sembilan je pandai makan). Erm bila dalam pukul 11 macam tu, baru makteh aku sampai, lepas tu Pak long aku dan seterusnya Pak cik aku pulak. Pak ngah aku belah malam baru datang sebab rumah ye kat muar jugak. Pak usu aku memang duduk ngan maktok aku. Kan seronok bila dapat berkumpul semua macam ni. 

Selepas sahaja selesai kenduri tahli dan doa selamat tu, aku tolong drive kn kereta untuk emak aku untuk hantar berkat(makanan) ke rumah sedara yang tak dapat datang. Hantar lerr kerumah rumah semua pada waktu malam yang gelap sampai pukul 12 tepat. Selasai sahaja, pakcik aku ajak aku dengan sedara lelaki aku(anak paklong) pergi karaoke kat bandar. Pergh tak pernah aku karaoke malam malam buat ni. Sampai sana terus  pergi ke counter. Aku memang seronok sangat la kan bila pakcik aku belanja. Wow! mahal sey tempat karok tu. Tak kesah la duit pakck aku. 3 Jam kami semua melalak dalam bilik tu. balik rumah pukul 3 lebih. Memang menarik sangat la. Balik tu susah pulak nak tidur. Pelik pelik sungguh.

Keesokan harinya(ahad) bagun pagi pulak! pukul 8  aku dah bangun. Sebab suara maklong aku! ahaha dia memang The Best la! masuk air. Lepas tu rancang semua nak pergi breakfast kat Bandar Muar *sarapan pagi kat muar paling BEST! sapa datang muar. Menu pagi ktorng semua mee rebus/mee jawa, lontong, satay. Sebenarnya sama je. Yang best kat sini sebab murah harga ye. Lagi satu makan satay pagi pagi hari. Kat sini kurang la entah entah tade pun. *satay kajang pun makan waktu malam je. Selepas selesai makan kami semua, pergi la berjalan jalan kat bandar muar. Tengok monyet/beruk/kera dekat Tanjung Emas dan tengok Sungai Muar. Dekat tanjung nie memang best la untuk seisi keluarga. Dah kami semua dah merayau kat Tanjung semua kaum kaum nak pergi orang Vietnam/Kemboja jual tudung baju baju semua bagai tu la. *orang vietnam/ kemboja dah lama duduk sini. Tu jela cerita pasal kat kampung. Panjang ceritanya malas nak taip dan bercerita ni. Pendek kan cerita, aku bertolak dri muar pukul 5, dalam perjalanan berhenti makan dekat Seremban! The Best jugak kedainya. Tu jela ceritanya.



Dah dah sampai sini sahaja, kang melarat kang. apa tak jadi. hehe 

(: salam