Cinta, bila ada orang kata itu indah, ada yang kata buta. Bagi aku kedua-duanya sama erti. Ya, aku memang tidak pandai dalam percintaan. Aku memaksa dan sebagainya yang mungkin berbeza dengan orang lain. Buat masa sekarang aku akan lupakan tentang cinta di dalam hidupku ini. Aku sudah cukup kecewa dan menyesal dengan CINTA ini. Semasa kita bercinta memang bahagia, indah, kalau kekasih kita tak lawa pun jadi lawa dan baik. Semasa bercinta janganlah terlalu banyak berjanjin bagai nak rak, tak tentu apa kita janji itu akan ditunaikan. Mungkin kau berjanji betul-betul, kekasih kau?bagaimana pulakkan?. Aku cukup kecewa dengan cinta ini, memang sakit jikalau kita berpisah, terputus atau ditinggalkan oleh kekasih kita, tidak kira lelaki atau perempuan. Aku harap buat masa sekarang mahu lupakan apa segala berkenaan dengan soal hati dan perasaan ini. Aku ingin tumpukan sepenuhnya pada pelajaran aku!
(mungkin tak baik karangan aku, nie aku text ape yg ade kat dlm ati aku dan kepala aku)
:)